Salam.
Kak Aida : "Arini kita g PAEDS ye adik2?"
Aku dan lab partner : "Orait kak."
Terkedek2 kami berjalan menuju ke tingkat sebelas Menara Utama PPUM.
Semasa dalam perjalanan, kami terserempak dengan sekumpulan doktor bersama overall mereka. HO mungkin. fkirku didalam hati.heh.
Kacak2 sungguh mereka. Sempat aku menjamu mata. kurang sedikit pahala berkerjaku pada hari itu kerana punya niat yang agak sedikit serong.
Tiba2, kak aida membebel.. " hish doktor2 lelaki2 zaman sekarang. x gentleman langsung! kita lak yang kena bagi jalan kt dorang. dorang wat deeek je... korang adik2, kalau nk cari laki, cari yang elok2 sket...jgn pandang duit jeee..."
alamak. "baik kak!"
xpasal2... heh.
Kami meneruskan perjalanan.
menaiki lif yang cantik yang membolehkan kami melihat view seluruh ppum itu. cantik sungguh. aku sempat berkhayal sementara menunggu lif samapai ke destinasi yang dituju dengan keadaan lif yang berhenti2 di setiap level untuk mengambil penumpang. (betol ke?)
"eleventh floor". berkata lif kepada kami
"door opened ".berkata beliau lagi.
baik encik lif. kami keluar.....
Sesampai kami di ward kanak2 itu.. kami terpegun dengan kecantikan lukisan2 kartun yang berwarna warni di sepanjang ward tersebut. disusuli suara gelak ketawa kanak2 berserta suara tangisan yang bercampur baur.... hati menjadi sayu tiba2. memikirkan mereka disini semuanya sedang menjalani rawatan. mereka menderita mungkin.
Aku membontoti kak aida menuju ke bilik rawatan Bone Marrow Aspiration and Trephine.
Untuk pengetahuan kalian, BMA ini diambil sebagai salah satu ujian untuk penyakit leukaemia. alatan2 yang amat menggerikan penglihatan mata akan digunakan. pesakit perlu berbaring seperti keadaan bentuk udang yang membengkok...
sampel bone marrow akan diambil di bahagian belakang badan pesakit. amat sakit. percayalah kataku.
Nama pesakit dipanggil.
Seorang ibu melayu membawa anak kecil di pangkuannya. anak kecil itu berumur 3 tahun. beliau menangis tidak berhenti.. aku menjadi sayu. aku seakan dapat melihat kesayuan di mata sang ibu... Sabarlah kak. ingin saja aku memeluk erat kanak2 itu sambil membawa dia lari jauh dari sang doktor yang bakal berlaku kejam terhadapnya. Oh aku yang sungguh kejam. cuba menghalang si kecil dari sembuh.
anak kecil itu berterusan meraung didalam dakapan sang ibu meminta simpati supaya dirinya tidak dicucuk...
aku simpati... kesayuan terus bergayut. lab partnerku menggenggam erat tanganku...aku mambalsnya memberi kekuatan kepada beliau..
Lantas terdetik di hatiku,
"Ya Allah, Ya Tuhanku, kau jauhkanlah bakal anak2 ku dari segala penyakit yang menderitakan ini..."
apalah dosa anak kecil itu yang perlu menanggung kesakitan yang amat itu.
(air mataku bergenang lagi)
Cuba kalian pejamkan mata. bayangkan sejenis alatan yang panjangnya seakan paku akan ditebuk dan dikorek kedalam tulang di bahagian belakang badan kita. oh sungguh kejam doktor itu yang cuba memberi rawatan kepada kita. huu.. tp jangan risau. ubat tidur akan diberi kepada pesakit. bergantung kepada badan pesakit samada beliau akan tido sepenuhnya atau separuh tido. rasa sakit akan betandang sejurus ubat tido sudah hilang kesannya.
ubat diberikan. pesakit diditurkan. sang ibu keluar dengan hati yang berat menunggu dengan penuh sabar.
procedure diteruskan................
NOTA KAKI
* Mungkin sebab itu lah aku ditakdirkan untuk tidak menjadi seorang doktor kerana aku tidak se*kejam* para doktor di luar sana. heh. sila jangan marah ye buat semua doktor. aku tahu tugas kalian amat mulia walau terpaksa bertindak kejam..=)