Sunday, December 2, 2012

Hidup Sebagai seorang isteri~

Assalamualaikum..

Jangan terkejut aku post tajuk cenggitu. Wah.. Sungguh sangat beruntung mereka yang dapat hidup sebagai seorang isteri. Entah bila akan tiba pula saat aku. Sungguh aku tidak berhenti berdoa dan berharap. Semoga Allah temukan aku dengan imamku yang dapat aku berbakti padaNya sepenuh jiwaku. Yang dapat membimbingku untuk menjadi isteri solehah. Janjiku pada diri, saat itu, aku akan menjaga nya dengan sepenuh hatiku. xkan sesekali aku mengecewaknnya. So, sementara belum bersuami ni, yok kita berbakti sepenuhnya pada kedua ibu bapa dan keluarga yang banyak berjasa sepanjang hayatku.=)

Aku dan dia telah bersama hampir 6 tahun. Bersama berkawan meneroka hidup ini. Tapi belum sampai jodoh kami. Terlalu banyak dugaan yang mendatang, yang harus kami tempuh. Segalanya aku serahkan pada Yang Esa. Tentang bagaimana pengakhiran cerita kami. Bahagia dan derita adalah ujian buatku, Sungguh aku tidak akan pernah membangga diri dengan semua anugerahnya. Aku letakkan hatiku pada Allah agar dapat aku mencintai Nya kerana Allah. Aku tidak sempurna tetapi aku ingin menjadi insan yang bahagia menjalani hidup dengan penuh bahagia.Amin..


Saturday, November 24, 2012

Me = Insomnia?

Tanda-tanda dan Gejala Insomnia

* Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.
* Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.
* Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
* Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari. 

Faktor-faktor Insomnia

1. Faktor gaya hidup

Sikap dan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia atau memburukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat meminum alkohol, minuman yang mengandungi kafein danmerokok merupakan antara contoh utama. Faktor gaya hidup lain yang boleh menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk.

2. Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja

3. Masalah-masalah kesihatan

Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit (contoh : angina pektoris, artritiskanser, ulser peptik/refluks saluran gastrousus), masalah pernafasan (contoh : asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap terasa ingin membuang air kecil (contoh : penyakit kencing manis). Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.

4. Masalah psikiatri

Kemurungan, gangguan keresahan, skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.

5. Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapalterbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu tidur.

Bagaimana Mengatasi Insomnia

Elakkan :

* Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur
* Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu
* Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya
* Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang

Bersenam secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.

Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.

Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.

Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.

Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti :

* Mandi air suam
* Minum susu suam
* Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Mendengar muzik yang menenangkan

Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.

Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.

Saturday, April 7, 2012

Air mata mengalir membasuh luka~

tiada entry. sekian terima kasih...

Friday, January 13, 2012

Kisah pergi kerja..

Pada suatu pagi, aku nak pg kerja. Aku pi la tgu bas kt depan umah flat aku yang x brapa nk wangi tu, pastu, tunggu punya tunggu, bas xde la plak.. jalam jem gile.. aku dah berkali-kali tgk jam. Alamak dah kul brapa ni..huuu.. sempat ke x nk clock in. tu la yang aku pk..

Pastu, naseb bek ada kekawan kt bus stand tu ajak nek cab. so, kira aku nek cab pergi ke setengah tempat kerja share 4 orang, duit pun share2 la.. bijak kan?

Bukan tu yang aku nk cite, aku nk cite masa dalam cab tu, pakcik yang bawak cab tu rambut putih, dah berumur. cab die asek bunyi mcm bunyi benda x rapat tau, pakcik tu asek pegang2 je mana tempat yg bunyi ti.. die pegang kt tmpt letak duit syiling dekat dgn gear tu, tp bunyi tu still ade lagik. Aku dah perasan dah gelagat pakcik tu.. nak tahu ape yang buat aku perasan bnda tu? sebabbbb.......... cara pakcik tu, sebijik macam ayah aku kt kampung!=((
Waaaaa.........saya rindu ayah dan ma sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...=((( 

Aku pun turut sama la cube mencari bunyi tu datang dari mana since kami terperangkap dalam jem tu kan, aku pun ushar la sama. haaaa aku tahu...bunyi tu datang dari cermin atas sebelah penumpang tuu!!!!!!!!! aku semangat nk gtau pakcik tu bunyi tu datang dari situ. tp mengenangkan dalam cab tu ada lagi 3 orang yg bersama aku, yang x brapa aku nak kenal, so, aku diamkan  je la. kalau aku sensorang ngn pakcik tu, musti ak dah gatu. pakcik tu musti hepi dapat tahu bunyi tu datang dari mana kan.. huuuuu... pakcik tu mcm ayah aku. sebijik. kalau nek kete ayah aku dengan ayah aku, ayah musti tanya bunyi mano tu? pastu sume tempat ayah pegang xnak bagi gegar nk tahu mana datang bunyi tu. ok la pakcik, destinasi dah sampai. terima kasih pakcik,hantarkan saya!=)) selamat mencari bunyi tu datang dari mana..

Nota kaki:
LALALLALALALAALALLALA~~~

Thursday, January 12, 2012

No More Life....

Salam..asal sedih je saya cari awk kan? asal sedih je saya cari awk.. waktu happy, saya x cari awk pun..=( uhuhuhu...sori awk...saya selalu x ingt awk. Tak terlambat lagi kot saya nk wish Happy new year 2012 ntuk awak.... saya doakan tahun ni penuh dengan barakah ntuk saya... awk doakan sekali ok? 

Hari ni, saat ni, saya dah x mampu nk senyum... hati saya kosong, jiwa saya gundah.. tp saya xde sape ntuk saya luahkan. saya hanya ada awk... saya sedih sangat lately.. saya perlukan someone.. kenapa xde orang yang faham saya, jaga hati saya macam jaga sebentuk berlian.. supaya jgn bagi hati saya hancur. saya sedih sgt... Sya nak balik ke pangkuan keluarga, ma ayah, adik bradih, hanya mereka kebahagiaan saya...dengan mereka, saya boleh jadi diri sendiri.. saya nampak je hepi awk..tp sebenarnya hati saya derita.. saya x dapat bahagia yang saya cari... Ya, mungkin ini hanya perasaan saya detik dan saat ini.. saya sedih.. saya xde sesape sekarang ni..org yg saya sayang dah x sayangkan saya.... saya pasrah kalau saya dah x dapat bersama die... saya menangis lagi awk. dah banyak kali saya gitau hati saya, mata saya, jgn menangis..tp die degil..die kuar jugak air mata.. 

Ya Allah... kau utuskan lah aku seorang manusia yang tulus mencintai ku yang sentiasa dekat bersama ku untuk aku bersama nya mengharungi hidup ini.... walau aku tahu aku tidak layak, tapi Ya Allah.. hanya Engkau yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..... tolonglah aku..
Awk...saya sedih........

music of me..=)

This is my life.... I'm happy...