Wednesday, October 26, 2011

mula berkerja..

17hb 10 2011...aku mula berkerja...

Thursday, October 6, 2011

Layan lagu~

Salam.. korang musti ada lagu feveret kan? oh saya rasa semua org dah tahu kot saya kipas susah mati lagu2 rock kapak...walaweiii....!!! =D 

Rite now, ngah layan lagu tajuk ape ntah ni... kt suria fm. oyeaaah!

Terlukis hakikat insani, dari cinta pautan jiwa~~ bla bla~~~ lupa lirik pulaak....

bila aku melayan lagu sebegini, aku terasa tenang dalam dunia ku sendiri. lagi tenang bila di malam hari yang sejuk, bersendiri di dalam kamar beradu yang sgt indah... waaaa................best kan? hmm. aku melalut ape pun aku x tahu. entry yg xde input. ok fine. chow~

Wednesday, October 5, 2011

Buat Renungan dan pedoman..



7 jenis wajah mayat di dalam kubur
MOGA CATATAN INI MENDATANGKAN KEINSAFAN


( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah.
Dosa yang paling besar dalam Islam.
Kekal dalam neraka selama-lamanya.


( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu
serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.


( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.


( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.


( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi
mengata dan mengumpat orang.


( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya
lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.


( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Wanita Itu Istimewa dan Adat Memotong Kuku

Salam gurls.... pagi ni saya bukak mukabuku.. saya terbaca tentang ini. dan ianya sngat menarik hati saya. Jum wanna share it with all of u.. =)





Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”











barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Monday, October 3, 2011

Jangka hayat si Meooowww~

Salam.. mlm ni saya nk share tentang jangka hayat si meow yang comel... jum layan~~


Umur kucing
Pernahkah kamu tertanya-tanya berapa lamakah jangka hayat seekor kucing? Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.
Manakala kucing yang terbiar kebanyakkanya terdapat di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kucing yang terbiar ini mati akibat dari tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan kurangnya mendapat nutrisi yang sepatutnya.
Bayangkan sahaja berjuta-juta anak kucing yang lahir dari induk yang terbiar. Bagaimanakah nasib anak-anak kucing itu. Walhal sepatutnya umur yang begitu kecil sepatutnya mendapat penjagaan yang sempurna tetapi banyak pula yang mati akibat dari tidak mampu mencari makanan sendiri ataupun dilanggar kenderaan.
Tetapi apakah hal dengan kucing yang dipelihara tetapi di biarkan berkeliaran di luar rumah? Biasanya kucing seperti ini jangka hayat mereka lebih lama jika di bandingkan dengan kucing liar. Ini kerana walaupun kucing ini berkeliaran tetapi makan minum masih terjaga. Cuma kucing seperti ini mempunyai risiko mati akibat dari jangkitan kuman daripada kucing-kucing liar yang lain.
Perbandingan Umur Manusia dan Kucing.
jangkahayatkucing.jpg
Pelik jangka hayat kucing lebih cepat berbanding dengan manusia. Tahukah kamu kucing yang beumur 1 tahun sama dengan 6 tahun umur manusia. Jadi bererti jika umur kucing 10 tahun sama dengan 60 tahun umur manusia.
Tidak kisahlah berapa beza umur dan jangka hayatnya. Apa yang penting kita sudah memberikan rawatan dan perlindugan yang terbaik kepada si comel kita.

Waa....jadi sonic yang gebu dah umur 18 tahun la?????? dah remaja! patut la gatal...tp sampai sekarang xde zuriat lagi..alaaaaa... uhuhu....xde rezeki lagi..xpe lah.=))


Jum layan pic incik sonic! yeay! 

OH SIAPA YANG MENGINTAI SAYA NIH? 

TiDAK Mahu ku peduli.hmmmh!







Bicara malam~

Salam..

Malam ni aku rasa sayu sgt... ada ke org yang rasa ape yg tengah aku rasa sekarang ni? tak kot...hanya aku mungkin...
Jiwa resah, dada sesak, emosi kacau.... semua bersatu beralun dalan satu nyawa aku..
betol la org kata, seksanya jiwa bila diri rasa keseorangan... tiada siapa yang peduli. Tiada siapa yang ingin mengerti. Hanya diri sendiri merasai deraian air mata mengalir sayu di pipi... saban malam dan saban waktu... hilang sudah rasa bahagia di hati yg selama ini di kurniakan.... benarlah kata org... dunia ibarat roda...mungkin hari ni kita bahagia, mungkin esk kita derita, mungkin hari seterusnya kita gembira....
Hidup takkan pernah lari dari ditimpa dugaan yang mencabar mental dan fizikal. Aku sedang menghadapinya saat ini. Pada siapa harus ku luah. entah.. aku hilang arah.. Tapi aku tahu Allah sentiasa di sisi. Berikan aku ketabahan, kekuatan ya Allah...Kau tunjukkan lah aku jalanmu yang lurus.. Kau bantulah aku berjalan, menyelesaikan kekusutan hati ini. hanya padaMu ya Rab.... aku memohon dengan stulus hatiku.... Kenapa hati ini rasa kosong tapi dihimpit derita yang amat sakit ya Allah?.... berikan aku jawapan... 
Perjalanan hidup ini terlalu amat jauh... mungkin aku perlu lagi banyak muhasabah diri, menilai keburukan diri, menilai kelebihan diri. untuk aku terus menyelusuri hidup yang sukar ini. Bersendiri. ya. Bersendiri.. kerana aku tahu aku tiada siapa yang boleh aku harapkan untuk berada di sisi aku setiap waktu sebab aku tahu mereka juga punya lehidupan mereka yang lain dari aku.. mungkin saat aku berduka begini, mereka sedang melalui saat bahagia mereka. saat gembira mereka.. begitu juga aku. aku tak mampu untuk bersama mereka. tapi... aku cuba.... 
Aku sendiri ya Allah.... aku keseorangan. aku x punya sesiapa. siksanya hati ini hanya Kau yang mengerti..............................................

music of me..=)

This is my life.... I'm happy...